Macam-Mana-Nak-Setup-Amanah-Keluarga-di-Malaysia

Kalau korang tanya orang kaya kat Malaysia ni, mesti ada satu soalan penting yang diorang jawab – “Korang tahu tak apa tu amanah keluarga?”

Amanah keluarga ni bukan benda yang orang selalu bincang-bincang di kedai kopi, tapi percayalah, ini adalah alat rahsia yang diorang guna untuk pastikan harta tu kekal dalam keluarga, tanpa perlu gaduh, berebut, atau worst-case scenario, semua harta tu hilang dalam tangan orang lain.

Kalau korang dah penat berusaha nak kaya, ada perniagaan sendiri, atau ada hartanah, sekarang masa untuk jaga harta tu.

Jangan biarkan semua usaha tu hilang begitu saja sebab tak buat perancangan yang betul.

Apa Itu Amanah Keluarga?

Senang cerita, amanah keluarga adalah satu cara untuk uruskan harta korang supaya ia boleh diwariskan kepada anak cucu tanpa proses panjang lebar macam probet, tanpa cukai berlebihan, dan yang paling penting, tanpa drama.

Korang yang tentukan siapa yang dapat apa, bila, dan macam mana.

Contohnya, kalau korang ada hartanah, bisnes atau pelaburan besar, korang boleh letakkan semua tu dalam amanah.

Lepas tu, korang pilih siapa yang jadi pemegang amanah (trustee), siapa yang dapat manfaat (beneficiary) dan dalam bentuk apa yang mereka boleh dapat.

Kelebihan?

Aset yang dimasukkan dalam amanah tak akan jadi sebahagian daripada harta peribadi anda.

So, cukai harta warisan?

Kurang!

Boleh elakkan orang lain ambil kesempatan?

Yes!

Kenapa Amanah Keluarga Penting?

  1. Perlindungan Aset
    Aset korang lebih selamat bila dimasukkan dalam amanah. Kalau ada masalah undang-undang, pemiutang atau perceraian, harta tu terlindung. Takde orang boleh datang rampas.
  2. Elakkan Proses Probet yang Memakan Masa
    Kalau harta tak ada dalam amanah, nanti kena lalui proses probet yang memakan masa berbulan. Tapi dengan amanah, segalanya lebih cepat dan lebih private.
  3. Cukai Lebih Rendah
    Dengan amanah, banyak potongan cukai yang boleh buat harta korang lebih efisien. Maknanya, lebih banyak yang boleh sampai kepada ahli keluarga, bukan kepada kerajaan.
  4. Elakkan Konflik Keluarga
    Kalau ada banyak anak atau waris, kadang-kadang ada perselisihan tentang siapa dapat apa. Dengan amanah, korang boleh tetapkan siapa dapat apa, dan bila. Zero drama, bro.
  5. Harta Kekal dalam Keluarga
    Salah satu sebab kenapa orang kaya guna amanah keluarga ni sebab nak pastikan harta tu kekal dalam keluarga sampai generasi-generasi akan datang. Ini bukan buat duit cepat, ni buat legasi.

Langkah-langkah Setup Amanah Keluarga:

Pilih Jenis Amanah yang Sesuai:

  • Revocable Trust: Flexible, tapi tak banyak perlindungan.
  • Irrevocable Trust: Tak boleh ubah dah, tapi lebih selamat dan lebih cukup perlindungan.
  • Testamentary Trust: Amanah dalam wasiat, jadi hanya aktif selepas anda meninggal dunia.

Lantik Pemegang Amanah:

Anda boleh pilih ahli keluarga, atau lebih baik bank atau syarikat amanah yang profesional. Pastikan orang tu boleh dipercayai dan ada pengetahuan kewangan.

Tentukan Siapa Beneficiaries:

Siapa yang akan dapat aset anda?

Anak, isteri, atau mungkin orang yang anda sayang yang bukan keluarga.

Siapa yang layak?

Pindahkan Aset Anda ke Amanah:

Ini proses penting. Anda pindahkan hartanah, pelaburan, atau perniagaan ke dalam amanah yang telah ditubuhkan.

Dapatkan Nasihat Profesional:

Anda akan perlukan peguam untuk setup dokumen amanah yang betul, dan penasihat kewangan untuk pastikan semuanya berjalan lancar dan cukai minimun.

Apa Yang Korang Dapat Bila Ada Amanah Keluarga?

Pindahkan Harta Tanpa Proses Panjang: Tak perlu risau kalau ada masalah undang-undang, tak perlu melalui proses probet yang menyusahkan.

Simpan Harta Tanpa Cukai Lebih: Dapatkan potongan cukai dan pastikan harta lebih banyak sampai ke ahli keluarga.

Harta Terlindung: Kalau ada masalah perceraian, masalah undang-undang, atau sesiapa yang cuba ambil harta, harta dalam amanah takkan terjejas.

Keamanan: Tak ada lagi pergaduhan keluarga pasal harta. Anda boleh tentukan siapa dapat apa dan bila. Lebih selamat, lebih tenang.

Tinggalkan Legasi: Kekalkan kekayaan anda untuk generasi akan datang dengan cara yang teratur dan telus.

Kesimpulannya…

Amanah keluarga ni bukan sekadar alat untuk orang kaya, ni untuk siapa sahaja yang nak melindungi kekayaan dan pastikan legasi kekal berpanjangan.

Anda dah kerja keras, sekarang masa untuk pastikan harta tu dijaga dan diteruskan dengan cara yang betul.

Jangan tunggu sampai terlambat baru nak fikir pasal benda ni.

Mulakan perancangan sekarang!

Ada dah setup amanah keluarga ke?

Kalau belum, apa yang korang tunggu lagi?

Mungkin ada soalan lagi, drop je kat komen bawah!

Jom bincang, siapa tahu, ini langkah pertama untuk masa depan yang lebih selamat.

Share It:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular Pages