
🧠 “Anak saya tak nak teruskan bisnes saya. Apa patut saya buat?”
Soalan ni saya terima banyak kali daripada klien saya – usahawan berjaya, pemilik syarikat, jutawan senyap yang dah bina empayar sendiri.
Dan jawapan saya: JANGAN PANIK. ADA JALAN.
Ramai ibu bapa harap anak akan ambil alih bisnes. Tapi bila anak cakap,
“Ayah, saya ada impian sendiri…”
Boom! Hati hancur.
TAPI… itu bukan pengakhiran.
Kalau anda serius nak kekalkan legasi dan pastikan harta, bisnes, dan nilai hidup anda TAK LENYAP — ini 6 langkah POWER yang anda mesti ambil SEKARANG.
💬 1. TERIMA REALITI, BUKA PERBINCANGAN
Anak anda bukan tolak anda. Mereka cuma ada hala tuju sendiri.
➡ Jangan terus kecewa
➡ Duduk berbincang
➡ Tanyakan apa yang mereka minat, apa impian mereka
Kadang-kadang mereka bukan nak “lari” — cuma mereka nak cipta nilai dengan cara mereka sendiri.
💡 2. FOKUS BINA LEGASI, BUKAN WARISI PEJABAT
Legasi anda bukan kerusi CEO. Tapi:
- Nilai hidup yang anda ajar
- Harta dan struktur kewangan yang anda susun
- Nama keluarga yang anda jaga
So, ubah mindset:
“Saya tak perlukan anak saya urus bisnes. Tapi saya nak strukturkan supaya bisnes ni tetap beri manfaat kepada dia dan cucu saya.”
👥 3. CARI PERANAN SESUAI UNTUK ANAK
Bukan semua orang lahir untuk jadi Pengarah Urusan.
Tapi anak anda mungkin lebih sesuai jadi:
- Shareholder pasif (dapat dividen setiap tahun)
- Ahli Lembaga (ada suara dalam hala tuju syarikat)
- Pakar khas (dalam digital marketing, branding, social media, atau inovasi)
Let them create value with their strength!
🧑💼 4. LANTIK CEO & TEAM PROFESIONAL
Kalau tiada waris nak teruskan — tak ada masalah.
Yang penting:
➡ Urus bisnes secara profesional
➡ Latih team yang setia & berkaliber
➡ Letakkan sistem & KPI yang jelas
So anda boleh relaks. Bisnes masih jalan. Pendapatan masih masuk. Legasi masih hidup.
📑 5. BUAT PELAN PERWARISAN LENGKAP
“Saya nak tunggu dulu la…”
Tunggu untuk apa? Bila anda tiada, anak-anak anda kena buat keputusan besar — dalam keadaan EMOSI.
Jangan biarkan benda ni berlaku.
✔ Sediakan trust
✔ Tulis wasiat
✔ Tetapkan syarat pembahagian
✔ Letak peguam & perancang kewangan dalam loop
Pelan pewarisan = Pelan keamanan keluarga.
💸 6. JUAL DENGAN STRATEGI, BINA LEGASI DENGAN CARA LAIN
Kalau akhirnya anda pilih untuk jual — itu pun okay.
Tapi pastikan:
- Duit hasil jualan dilabur semula
- Buat trust untuk anak & cucu
- Bina yayasan keluarga
- Dan sokong impian anak-anak dengan bimbingan
- Anda masih pemimpin keluarga. Anda masih boleh cipta impact besar walaupun tanpa operasi bisnes.





Leave a Reply