Terdiam.

Sunyi.

Kenapa?

Ramai orang hebat… ada bisnes juta-juta… ada rumah di Damansara… kereta konti… portfolio pelaburan gempak.

Sebab ramai berjaya buat duit, tapi gagal buat pelan legasi.

Ini yang saya nak share harini — langkah demi langkah, cara macam mana nak bina pelan legasi yang bukan je simpan harta, tapi wariskan nilai hidup anda.

✨ STEP 1: Kenal Pasti VISI LEGASI Anda

Apa impian sebenar anda?

➡ Nak anak-anak hidup senang, tapi tetap kuat nilai & disiplin?
➡ Nak bantu sekolah agama, anak yatim, bina masjid?
➡ Nak keluarga teruskan bisnes anda ke next level?

Tulis.

Tetapkan niat.

Sebab bila anda ada visi, baru anda tahu apa nak bina.

💼 STEP 2: Senaraikan Semua Aset & Harta

Tolong jangan anggap ni remeh.

Saya pernah consult ramai usahawan jutawan — banyak yang tahu “lebih kurang je” harta mereka.

Big mistake!

✔ Rumah
✔ Tanah
✔ Saham
✔ Unit trust
✔ Bisnes
✔ Duit dalam pelbagai akaun
✔ Crypto? (Kalau ada)

Ni semua perlu disusun.

Kalau anda tak tahu apa yang anda ada, macam mana nak rancang siapa yang jaga, siapa yang urus?

📜 STEP 3: Gunakan Alat Yang Betul – Wasiat, Amanah, Yayasan

Jangan tunggu tua baru fikir. Kalau anda bina kekayaan sekarang — you plan NOW.

🧾 Wasiat
➡ Bagus untuk basic pembahagian
➡ Tapi terbuka untuk dipertikaikan & akan melalui mahkamah

🔐 Amanah (Trust)
➡ Anda kawal bila, macam mana waris dapat harta
➡ Lindungi harta dari disalah guna
➡ Sesuai untuk aset besar & strategi jangka panjang

🎯 Yayasan Keluarga (Foundation)
➡ Nak bantu komuniti? Sedekah jariah berterusan?
➡ Yayasan bantu anda cipta impak berterusan
➡ Harta anda terus bergerak walaupun anda dah tiada

📝 STEP 4: Tulis “Surat Legasi”

Ni bukan surat rasmi.

Tapi surat yang datang dari hati seorang pemimpin keluarga.

Tuliskan:

  • Apa yang anda belajar dalam hidup?
  • Apa nilai yang anda nak anak-anak teruskan?
  • Apa impian anda yang belum sempat tercapai — tapi nak mereka usahakan?

Kalau anda tak tulis… siapa nak sampaikan mesej tu nanti?

👥 STEP 5: Bina TEAM LEGASI Anda

Anda hebat bina bisnes. Tapi jangan jadi “jack of all trades” untuk legasi.

Bina team:

  • Peguam estate planning
  • Perancang kewangan yang faham bisnes & aset besar
  • Pakar cukai
  • Trustee atau konsultan yang boleh bantu strukturkan

Bila ada team, anda akan rasa tenang.

Sebab anda tahu — everything is under control.

👨‍👩‍👧 STEP 6: Sampaikan Kepada Keluarga Anda

Komunikasi. Ini kunci penting dalam pelan legasi.

Jangan biar anak-anak “terkejut” bila anda dah tak ada.

Sampaikan apa anda dah susun. Buka ruang tanya jawab. Betulkan persepsi awal-awal.

Kalau tak… silap-silap harta jadi punca perbalahan.

🔁 STEP 7: Review & Update

Setiap 12–24 bulan, atau bila berlaku perubahan besar — tukar pelan, update dokumen.

Contoh:
➡ Anak baru lahir
➡ Bisnes baru ditubuhkan
➡ Hartanah baru dibeli

Legasi anda mesti relevan & terkini.

Maaf ya klu BM saya x begitu fasih lagi…

Skrg ni I tengah tekun praktis ni 😅

Share It:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular Pages